Sabtu, 23 Januari 2010

Majlis Perletakkan Tanda Arah Angin / Weather Vane


Program : Perletakan Tanda Arah Angin / Weather Vane
Tarikh : 23hb. Januari, 2010 Jam 10.00 pagi
Tempat : 'Roundabout' Balik Pulau
.
Saya bersyukur kerana program untuk meletakkan semula Tanda Arah / Tunjuk Angin / Weahter Vane telah berjalan dalam suasana sederhana dan penuh bermakna bagi penduduk dan pekan Balik Pulau seluruhnya.
.
Mengikut sejarah In 1882, seorang ahli perniagaan yang kaya bernama Koh Seang Tatt telah membina tugu peringatan di bulatan/roundabout sebagai menyambut kedatangan Sir Frederick Weld (Governor of Malacca) ke Balik Pulau. Tugu ini mempunyai dua kepala singa dibahagian bawah. Daripada dua kepala singa ini akan mengalir keluar air. Mengikut kepercayaan penduduk Balik Pulau, selagi ada aliran air keluar daripada dua kepada singa ini, Balik Pulau ini akan terus berkembang. Mengikut cerita orang lama di pekan Kongsi ini, warna kepada singa itu adalah berwarna merah.
.
Menurut mereka juga, kawasan ini juga merupakan tempat orang ramai duduk 'lepak-lepak'.
.
Sebagai menghormati penduduk veteran di kawasan Kongsi ini, saya telah memilih tiga orang veteren yang terdiri daripada Tn. Hj. Mohamad Yusof Hasaan – 64 ahun, Pengerusi JKKP dan pesara Guru, Uncle Tan Aik Hong – 72 Years, Ahli Perniagaan di pekan Kongsi dan Sokalingam A/L Veerapan – 79 Tahun seorang pesara JKR.
.
Perarakan dimulakan dari Pasar Lama dengan diiringi oleh gendang Melayu, China dan India melambangkan semangat 1Malaysia dan perpaduan antara kaum di Balik Pulau.
.
Kepada rakan-rakan dari kaum Melayu, Cina dan India yang telah bersama-sama mengatur program ini, membersih dan menyapu cat, dan hadir bersama keprogram ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih.
.
Muga tahun 2010 dan Tahun Baru Cina ( tahun Harimau) yang akan disambut nanti akan membawa satu lembaran baru bagi Balik Pulau, penuh perasaan muhibbah, kerjasama, keharmonian dan murah rezeki.

Jumaat, 15 Januari 2010

PROGRAM JASAMU DIKENANG

Program : Jasamu Dikenang Dan Kemasukan Ahli UMNO Baru
Tempat : Dataran Warisan Tok Sudin
Anjuran : UMNO Cawangan Sg. Korok
Tarikh : 13hb. Jan. 2010
.


Alhamdulillah pada malam yang cukup bermakna ini, parti keramat UMNO telah menerima dengan benuh besar hati dan penuh kesyukuran kemasukan seramai 49 orang ahli baru dan 7 orang yang menukar cawangan ke cawangan Sg. Korok. Saya juga terharu dengan kemasukan mereke-mereka yang telah memperlekehkan perjuangan UMNO dalam PRU-12 yang lepas.
.

Program malam itu juga telah menghimpun veteren UMNO serama 45 orang yang telah lama berjuang bersama UMNO dan kini mereka telah lanjut usia. Tanpa perjuang mereka dahulu, tentunya saya dan rakan-rakan ahli UMNO tidak dapat merasai nikmat yang dikecapi selama ini dengan izin Allah jua.
.

Program pada malam itu turut dihadiri oleh YB Dato Seri Dr. Hj. Hilmi Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Ketua Wanita Pn. Hjh. Faridah Arshad dan juga Ketua Pemuda UMNO Sdra. Aziaan Ariffin. Kepada semua AJK Bahagian, Wanita, Pemumuda dan Puteri yang turut hadir, kehadiran mereka amat kami hargai.
.

InsyaAllah, program sebegini akan diteruskan. Hidup UMNO. UMNO Juara Rakyat. Rakyat Didahulukan, Pencapaian diUtamakan.









Khamis, 7 Januari 2010

'Report Card' bagi Pembangunan Fizikal KADUN Pulau Betong

'Report Card' bagi Pembangunan Fizikal KADUN Pulau Betong
Bagi Tempoh : Januari 2009 hingga Disember 2009

Alhamdulillah, tahun 2009 telah pun berlalu dan kini kita telah pun berada di awal tahun 2010. Untuk maklumat penduduk di kawasan yang saya wakili, sukacita saya senaraikan dibawah ringkasan projek-projek yang telah dilaksanakan bagi tempoh setahun. Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih dan muga Allah memberkati anda semua yang telah berkerjasama dalam menjayakan perlaksanaan projek-projek tersebut, antaranya Pengerusi dan AJK JKKKP, Pejabat Pembangunan Negeri, KKLW, Risda, JPS, JKR, TNB, PPD, dan lain-lain agensi yang turut bersama mehjayakan projek untuk kesejahteraan rakyat.
.
1. Proj. Ransangan Ekon. (1) : ICU/Pej. Pembgn. Negeri : RM 2,410,000.00
2. Proj. Ransangan Ekon. (2) : ICU/Pej. Pembgn. Negeri : RM 816,251.00
3. Proj. Jalan Kampung : Jabatan Kerja Raya : RM 100,000.00
4. Bantuan Peralatan dan Ternakan : JabatanVeterinar : RM 161,350.00
5. Proj. jeti, peralatan dan kelengkapan nelayan : LKIM : RM 226,000.00
6. Proj. Infrastruktut dan keperluan Input : Jab. Pertanian : RM 337,350.00
7. Proj. Infrastruktur Saliran : Jab. Pengairan dan Saliran : RM 2,128,698.00
8. Proj. Bekalan Letrik Luar Bandar : KKLW / TNB : RM 1,809,433.00
9. Proj. Bina/Baiki Rumah Miskin (66 buah baik pulih & 14 buah nina baru) : KKLW / Risda : RM 1,200,000.00
10. Projek pelbagai ADUN : RM 300,000.00
Jumlah Keseluruhan : RM 9,529,0822.00
(**Nota : jumlah ini tidak termasuk bayaran RM 200.00 sebulan kepada semua ahli nelayan, bayaran bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan lain-lain yang tidak dicatatkan diatas)
.
Sesunggunya, jumlah diatas adalah satu jumlah yang besar (untuk satu kawasan dewan undangan negeri). Projek-projek tersebut diatas adalah daripada kerajaan Barisan Nasional yang perihatin diatas kehendak dan keperluan rakyat. Jumlah yang besar itu juga adalah kerana perancangan dan permohonan yang telah kita buat dengan meletakkan kepentingan rakyat. Saya berharap, agar anggota masyarakat saya akan turut bersama dalam apa juga program yang akan dilaksanakan dan senantiasa dengan hati yang terbuka memberi idea-idea, serta membantu saya dalam melaksanakan tugasan saya sebagai wakil rakyat.
.
Salam 1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Muga Tahun 2010 akan mendatangkan kebahagian dan kesihatan dan perpaduan yang lebih erat dan kehidupan yang lebih harmoni penuh toleransi dan muhibbah. Sama-samalah kita bertolongan dalam membuat kebaikan dan membawa kemajuan kepada anggota masyarakat kita. Muga Allah SWT merahmati kita semua.